DOKUMENTARI : ANGKER 13
Kepercayaan mistik sering dikaitkan dengan perkara-perkara ghaib, namun pernahkah anda terdengar atau mengetahui tentang kisah mistik di sebalik angka? Tidak semua di antara kita yang tahu wujudnya fobia terhadap angka terutamanya dalam kalangan masyarakat barat yang menyatakan angka 13 kononnya adalah angka sick, disumpah atau berhantu.
Sebenarnya mereka percaya bahawa angka 13 adalah angka yang membawa malang, angka yang disumpah dan 'berhantu' sehingga menyebabkan penggunaan angka berkenaan akan membawa malang atau maut kepada mereka yang menggunakannya.
Sesetengah penyelidik beranggapan bahawa fobia terhadap angka itu berasal daripada kepercayaan tahyul manusia pada zaman kuno. Manusia pada zaman itu dikatakan mengira sehingga nombor 12 atau sedozen dan angka selepas itu iaitu dikatakan mewakili unsur ghaib.
Masyarakat barat seperti di Amerika Syarikat dan Kanada dimana dapat dilihat bangunan tinggi di kota besar yang terletak di kedua-dua negara terbabit tidak memiliki tingkat bernombor 13. Situasi tersebut amat menghairankan tetapi itulah satu fenomena pelik yang melanda kebanyakan masyarakat Barat atau mungkin ramai penduduk di seluruh dunia.
Selain itu,masyarakat Barat mengira angka yang diberi nama sehingga angka terakhir adalah 12 atau 'twelve' dan angka seterusnya iaitu bermula angka 13, dimulai dengan gabungan angka iaitu 'third-teen', 'four-teen' dan seterusnya. Kiraan bulan dalam setahun juga sehingga bulan ke-12 dan tidak ada bulan ke-13.
Malah, fobia terhadap angka berkenaan tidak saja melanda orang bawahan tetapi pengarah syarikat dan kalangan intelektual. Akibatnya ada pengusaha syarikat penerbangan yang tidak menyediakan kerusi penumpang bernombor 13, syarikat pembinaan yang tidak membina bangunan yang memiliki tingkat 13, pintu ke-13 atau premis bernombor 13. Dalam perlumbaan Formula One dan banyak perlumbaan lain, tiada kenderaan yang membawa nombor 13 malah syarikat program komputer, Microsoft digembar-gembur kononnya melangkau versi produk Microsoft Office ke 13 mereka disebabkan fobia berkenan.
Apakah rahsia angker yang tersirat? Menurut kepercayaan masyarakat Barat kononnya angka 13 sebagai angka sick, disumpah dan berhantu dipercayai bermula daripada ajaran Kristian apabila Iblis iaitu ketua syaitan pada asalnya dianggap sebagai malaikat ke-13 tetapi ia digugurkan kerana menderhaka kepada Tuhan.
Justeru, benarkah angka 13 adalah angka yang sick, disumpah atau berhantu? Fakta ini seakan-akan tidak jelas kerana tiada bukti yang benar-benar kukuh mengenainya malah hanya digembar-gemburkan melalui tindakan sesetengah pihak yang cuba mengelakkan diri daripada menggunakan angka 13 ini tanpa penjelasan yang nyata. .Intihanya, terpulanglah kepada individu sama ada mahu percaya atau tidak selagi tidak memudaratkan diri masing-masing. Namun begitu, ketahuilah bahawa perkara mistik sememangnya nyata tetapi tersembunyi.
Monday, September 7, 2009
my docu script
Posted by maryjane at 6:03 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment